SOALAN-SOALAN LAZIM eJamin

Pelepasan ikat jamin untuk yang tersayang boleh menjadi proses yang panjang dan merumitkan. eJamin adalah penyelesaian jaminan secara dalam talian yang direka untuk memberikan pembayaran pelepasan ikat jamin dengan lebih mudah. eJamin adalah perkhidmatan pembayaran dalam talian yang diluluskan oleh Jabatan Kehakiman Malaysia.

  1. Layari ejamin.my dan sila buat pilihan bahasa.
  2. Sila buat pilihan sama ada anda adalah pengguna baru eJamin atau pengguna yang pernah menggunakan eJamin.
  3. Baca "Syarat Penting Sebelum Menggunakan eJamin" dan tandakan pada bahagian yang disediakan sebelum klik butang "Teruskan"
  4. Lengkapkan Maklumat Kes dan maklumat wang jaminan sebelum klik butang "Teruskan".
  5. Lengkapkan maklumat penjamin dengan tepat iaitu Maklumat Peribadi, Maklumat Bank (untuk tujuan pemulangan wang jamin) dan Alamat Terkini sebelum klik butang "Simpan & Teruskan"
    1. Maklumat penting: Adalah menjadi tanggungjawab Penjamin untuk memastikan ketepatan maklumat akaun. Penjamin bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang kesilapan yang menghalang mereka daripada menerima bayaran balik jaminan. Mahkamah atau eJamin tidak bertanggungjawab ke atas kesilapan sedemikian yang dilakukan oleh Penjamin.
  6. Isikan maklumat tertuduh sebelum klik butang "Simpan & Teruskan".
  7. Tandakan pada bahagian bawah sekiranya anda telah menyemak dan mengakui semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar. Klik butang "Teruskan" kemudian klik butang "Ya, pasti".
  8. Sila buat pilihan kaedah pembayaran dan klik butang "Setuju & Bayar"
  9. Sila pastikan maklumat akaun bank betul dan tepat untuk tujuan pemulangan. Klik butang "Teruskan bayaran".
  10. Anda akan menerima pengesahan pembayaran dan bukti ikat jamin melalui emel.
  11. Tunggu sesi taklimat dengan Kakitangan Mahkamah dan Tertuduh yang berkenaan. Proses pelepasan sudah lengkap.
Info Penjamin : Maklumat yang membuat bayaran wang jaminan.
Info Tertuduh : Nama penuh (mengikut MyKad) dan nombor MyKad tertuduh.

Anda boleh dapatkan melalui waris tertuduh atau merujuk pada staf mahkamah.

Ya, Penjamin harus menggunakan akaun bank peribadi. Nama pemilik akaun bank harus sama dengan nama Penjamin.

Ya. Portal ejamin.my boleh diakses melalui mana-mana peranti pintar dengan syarat mempunyai talian internet yg baik dan pantas. (telefon pintar, tablet, komputer riba).

Untuk pembayaran ikat jamin, Penjamin tidak perlu mendaftar akaun dengan eJamin. Penjamin hanya perlu melengkapkan Maklumat Penjamin dan Maklumat Tertuduh, mendapatkan pengesahan nombor kes dan amaun jaminan dari Pegawai Mahkamah, dan kemudiannya membuat bayaran jaminan dalam talian melalui aplikasi eJamin.

Tiada caj perkhidmatan apabila menggunakan eJamin.

Bayaran wang jaminan melalui eJamin akan ditempatkan ke akaun amanah bank berlesen. Setiap akaun mempunyai nombor identifikasi dan transaksi yang unik bagi setiap Nombor Kes serta nombor MyKad Penjamin dan Tertuduh masing-masing.

eJamin hanya menerima pembayaran dari satu akaun sahaja buat masa sekarang. Anda dinasihatkan untuk mengumpul jumlah wang ikat jamin dari Penjamin yang lain dalam satu akaun sahaja sebelum membuat pembayaran.

Pembayaran maksima melalui penggunaan eJamin terhad kepada RM500,000.00 setiap jaminan. Anda dinasihati untuk menyemak had makisma pemindahan yang dibenarkan oleh bank anda.

Boleh.

Contoh kes : Jumlah jaminan RM 6,000.00, 2 Penjamin.

Isikan ruangan Amaun dengan jumlah keseluruhan jamin iaitu RM6,000.00. Di ruangan jumlah perlu dibayar, Penjamin A dan B boleh mengisi amaun yang ingin dibayar dan pastikan jumlah adalah sama dengan jaminan keseluruhan. Pastikan kedua – dua Penjamin mengisi nombor kes yang sama.

Boleh.

Penjamin perlu mengisi maklumat setiap Tertuduh di portal eJamin secara berasingan.

Ya, selepas kes selesai dibicarakan, jika Mahkamah tetapkan Penjamin boleh memohon untuk pemulangan wang jamin, Penjamin boleh ke kaunter mahkamah untuk mendapatkan kelulusan terlebih dahulu. Jika pegawai mahkamah iaitu Majistret atau Hakim sudah meluluskan, tempoh masa proses pemulangan wang jamin adalah 1-2 jam.

Ya, memang ada. Apabila jumlah jaminan dikenal pasti sebagai jumlah yang boleh dirampas oleh pihak kehakiman, jumlah jaminan yang dirampas akan didepositkan ke akaun "Hasil" kerajaan yang dimiliki oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Wang jaminan boleh dirampas (atau dilucut hak) dalam dua cara, iaitu:

  1. Penuh - jumlah jaminan dilucut hak sepenuhnya.
  2. Sebahagian amaun jaminan boleh dirampas oleh pihak mahkamah dan bakinya akan dikembalikan kepada Penjamin.

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan teknikal sewaktu menggunakan ejamin, sila hubungi kami di

Telefon : +603 - 5626 0033

Whatsapp : +6011 - 566 55743

Emel : ejamin@dapat.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 9:00 pagi - 6:00 petang

Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Ahad - Khamis : 9:00 pagi - 6:00 petang

Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Sila rujuk pada Kakitangan Mahkamah di kaunter untuk sebarang pertanyaan berkenaan proses ikat jamin dan proses mahkamah.