Hubungi Kami
Untuk dapatkan bantuan sila hubungi kami sepert di bawah:
Telefon : +603 - 5626 0033
Whatsapp : +6011 - 566 55743
Emel : ejamin@dapat.com
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 9:00 pagi - 6:00 petang (kecuali cuti umum)
Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Ahad - Khamis : 9:00 pagi - 6:00 petang (kecuali cuti umum)
Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Borang Aduan
TERMA DAN SYARAT EJAMIN
-
Penerimaan Terma dan Syarat
Selamat datang ke portal eJamin, satu perkhidmatan yang disediakan dan diuruskan oleh DAPAT Vista (M) Sdn Bhd bagi Kerajaan Malaysia. Perkhidmatan yang disediakan oleh portal ini ("Perkhidmatan") tertakluk kepada Terma dan Syarat ini ("Terma ini"). Terma Ini terpakai untuk penggunaan aplikasi web/mudah alih dan tapak web MyPay dan eJamin (masing-masing dirujuk dalam Terma Ini sebagai “App” dan “Tapak Web”) oleh anda. App dan Tapak Web itu dikendalikan oleh kami, Dapat Vista (M) Sdn Bhd.
Apabila anda menggunakan App atau Tapak Web, anda telah bersetuju dengan pengumpulan, penyimpanan, pengendalian dan penzahiran data peribadi anda menurut Terma Ini dan dan bersetuju untuk diikat oleh Terma Ini selagi anda masih mempunyai akaun dalam App atau Tapak Web atau masih menggunakan App atau Tapak Web. Anda dinasihati supaya membaca Terma Ini dengan teliti sebelum menggunakan App atau Tapak Web.
Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai keupayaan di sisi undang-undang (termasuklah mencapai umur layak di sisi undang-undang Malaysia) dan izin untuk menggunakan App atau Tapak Web dan untuk diikat oleh Terma Ini. Jika anda tidak mempunyai keupayaan atau izin tersebut atau anda tidak bersetuju dengan Terma berikut:
- tnc.tnc_acceptance_content_3_bullet_1
- tnc.tnc_acceptance_content_3_bullet_2
-
Pendaftaran Akaun
Anda perlu mendaftarkan akaun dan memberikan maklumat yang dikehendaki untuk menggunakan App dan untuk mencapai atau menggunakan kandungan dan fungsi tertentu Tapak Web. Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai hak undang-undang untuk memberi kami maklumat tersebut tanpa sekatan atau sebarang kewajipan atas kami untuk membuat bayaran. Anda juga mengesahkan bahawa semua maklumat yang anda beri kepada kami adalah benar, tepat, terkini dan lengkap. Sila pastikan maklumat itu (termasuk maklumat perhubungan) sentiasa dikemas kini dalam App dan Tapak Web agar kami dapat berhubung dengan anda dan App dan Tapak Web dapat berfungsi dengan sepatutnya.
Anda memberi kami kuasa untuk menentusahkan maklumat yang telah anda berikan, termasuklah membuat siasatan bersama pihak berkuasa yang berkenaan, organisasi lain atau sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, usaha kami untuk menentusahkan maklumat tersebut tidaklah mengurangkan tanggung jawab anda untuk memberi maklumat yang benar, tepat, terkini dan lengkap.
Sila rahsiakan maklumat akaun anda (termasuk maklumat log masuk, kata laluan dan soalan keselamatan untuk set semula kata laluan). Kami tidak bertanggung jawab atas sebarang kerugian (termasuk kerugian yang disebabkan pencerobohan akaun anda) oleh sebab kegagalan anda untuk berbuat demikian. Kami juga tidak bertanggung jawab terhadap pihak ketiga yang menggunakan akaun anda. Anda bertanggung jawab sepenuhnya atas segala aktiviti dalam atau melalui akaun anda. -
Saranan dan Larangan
Anda hendaklah menggunakan App dan Tapak Web menurut cara dan tujuan yang sah di sisi undang-undang mengikut tujuan App dan Tapak Web seperti yang telah kami maklumkan secara rasmi. Anda bertanggung jawab sepenuhnya untuk mematuhi semua undang-undang yang mengikat diri anda berkenaan penggunaan App dan Tapak Web.
Semak semua maklumat yang anda isikan sebelum mengirimnya kepada kami. Sila laporkan kepada kami sebarang pepijat atau masalah yang anda hadapi dalam penggunaan App dan Tapak Web.
Dalam penggunaan App dan Tapak Web, anda hendaklah tidak:- tnc.tnc_actions_not_permitted_content_2_bullet_1
- tnc.tnc_actions_not_permitted_content_2_bullet_2
- tnc.tnc_actions_not_permitted_content_2_bullet_3
- tnc.tnc_actions_not_permitted_content_2_bullet_4
- tnc.tnc_actions_not_permitted_content_2_bullet_5
- tnc.tnc_actions_not_permitted_content_2_bullet_6
- tnc.tnc_actions_not_permitted_content_2_bullet_7
- tnc.tnc_actions_not_permitted_content_2_bullet_8
Pada bila-bila masa, kami berhak menggantung atau memadamkan akaun anda atau menyekat capaian anda pada akaun itu dan App dan kandungan serta fungsi akaun dan App itu. Kami berhak berbuat demikian jika anda telah melanggar Terma Ini, jika kami percaya bahawa undang-undang menghendaki kami untuk berbuat demikian atau atas apa-apa alasan mengikut budi bicara kami. Kami tidak diwajibkan untuk memaklumkan pada anda tentang penggantungan atau pemadaman itu atau memberi anda apa-apa alasan untuk tindakan kami atau membayar apa-apa ganti rugi kepada anda akibat penggantungan atau pemadaman itu.
Kami juga tidak diwajibkan untuk membolehkan anda mendapatkan semula sebarang data yang disimpan dalam pelayan kami, kecuali seperti yang disebut dalam Terma Ini. Walau bagaimanapun, mengikut budi bicara kami, kami boleh memulangkan sebarang bayaran lebihan (jika ada). Kami tidak bertanggung jawab atas sebarang kerugian yang mungkin anda alami akibat penggantungan atau pemadaman itu.
-
Penzahiran dan Penafian
- tnc.tnc_security_disclosure_disclaimer_bullet_1
- tnc.tnc_security_disclosure_disclaimer_bullet_2
- tnc.tnc_security_disclosure_disclaimer_bullet_3
- tnc.tnc_security_disclosure_disclaimer_bullet_4
-
Hak Harta Intelektual
Semua hak harta intelektual mengenai App dan Tapak Web; semua kandungan yang dibuat atau dihantar melalui App dan Tapak Web; dan semua perhubungan antara pihak, ialah milik kami. Jika kami kehendaki, anda mestilah mengambil semua langkah yang perlu untuk meletakkan hak tersebut di bawah nama kami.
Nama domain Tapak Web dan nama dagang, cap dagang, logo dan lain yang dipaparkan dalam App dan Tapak Web ialah hak milik kami atau pihak ketiga. Anda tidak boleh menggunakan apa-apa hak harta intelektual tersebut tanpa izin bertulis terdahulu daripada kami atau hak empunya masing-masing.
-
Indemniti
Anda hendaklah memberi tanggung rugi pada kami dan pemegang syer, pengarah, pegawai, pekerja, kontraktor dan ejen kami dan melepas tanggungan kami dan mereka terhadap sebarang tuntutan, penalti, kos (termasuk kos guaman) dan apa-apa liabiliti lain berbangkit daripada sebarang kelakuan anda yang berkaitan dengan App dan Tapak Web, termasuklah pelanggaran Terma Ini, undang-undang atau hak harta intelek dan kelakuan anda yang mengakibatkan kematian, kecederaan, pencemaran nama baik atau fitnah atas sesiapa atau kerosakan atau kehilangan apa-apa benda. Anda hendaklah membayar balik kos guaman yang kami biayai dalam usaha menguatkuasakan hak undang-undang kami terhadap anda.
-
Penyerahan / Waris Menerima
Hak, faedah dan tuntutan yang termaktub di sini akan diperoleh oleh kami, waris-waris kami dalam gelaran dan penerima yang dibenarkan kami.
-
Undang - Undang Terpakai
Terma Ini hendaklah ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia. Mahkamah - Mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa eksklusif sekiranya terdapat sebarang pertelingkahan atau konflik yang berlaku akibat Terma ini atau Perkhidmatan yang disediakan oleh kami di bawah Terma ini.
-
Hubungan Bukan Eksklusif
Hubungan antara pihak bawah Terma Ini bukanlah bersifat perkongsian bawah Akta Perkongsian 1961 atau bersifat agensi. Anda tiada hak untuk mengikat kami di sisi undang-undang pada sesiapa pun.
-
Aduan
Jika terdapat sebarang aduan berkaitan dengan ciri-ciri App dan Tapak Web atau tingkah laku kami (termasuk salah laku pekerja kami atau jika anda mendapati bahawa apa-apa bahagian daripada App dan Tapak Web mengingkari hak harta intelektual anda), anda hendaklah berhubung dengan kami secara langsung dan peribadi melalui saluran yang dipaparkan dalam App dan Tapak Web, dengan memberi butiran lengkap supaya kami dapat selesaikan aduan itu. Sila ambil perhatian bahawa aduan yang dikemukakan dengan apa-apa cara lain (termasuk melalui akaun media sosial atau media cetak) tidak akan berkesan terhadap penyelesaian aduan anda malah akan menyulitkannya.
Kami boleh mengambil masa sehingga 90 hari setelah anda kemukakan butiran lengkap aduan anda melalui cara yang disebut di perenggan (a) di atas, untuk menyelesaikan aduan anda. Anda boleh mengambil tindakan di mahkamah atau forum alternatif penyelesaian pertikaian terhadap kami hanya jika kami tidak dapat selesaikan aduan anda dalam jangka masa tersebut. Penyelesaian aduan anda merupakan penyelesaian penuh dan muktamad antara pihak dan anda melepaskan hak untuk mengambil apa-apa tindakan lanjutan terhadap kami dalam perkara yang sama di mahkamah atau forum alternatif penyelesaian pertikaian.
-
Remedi
Sekiranya tuntutan anda terhadap kami berjaya dalam sebarang tindakan di mahkamah atau forum alternatif penyelesaian pertikaian, remedi anda terhad pada pulangan bayaran lebihan yang telah anda bayar (jika ada) berkaitan dengan tuntutan tersebut, iaitu had agregat liabiliti kami. Jika tiada yuran yang berkaitan dengan tuntutan itu, maka had agregat liabiliti kami ialah RM100.00 sahaja atas segala kuasa tindakan berhubung perkara yang sama.
Kami tidak bertanggung jawab atas sebarang ganti rugi yang bersifat tidak langsung, khas, sampingan, turutan, teladan, punitif atau yang berjumlah tertentu (liquidated) (termasuk hilang untung, hasil atau peluang perniagaan) yang berbangkit daripada penggunaan App dan Tapak Web, walaupun kami mungkin pernah dinasihati tentang kemungkinan kerugian tersebut. Kami tidak bertanggung jawab terhadap ahli keluarga dan rakan-rakan anda.
-
Keterpisahan Terma ini
Jika mana-mana peruntukan dalam Terma ini didapati oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten (samada mahkamah atau quasi-mahkamah) adalah tidak sah, diharamkan atau tidak boleh dilaksanakan, maka peruntukan tersebut dianggap dihapuskan daripada Terma ini dan peruntukan-peruntukan yang tinggal dalam Terma ini akan terus kekal dan berkuatkuasa sepenuhnya.
Usaha berterusan telah diperuntukan bagi mengekalkan piawaian dengan mematuhi garis panduan kandungan dan privasi. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Forum Kandungan dan Multimedia Malaysia (FKMM).
-
Penepian Hak
Kegagalan atau kelambatan kami dalam menguatkuasakan sebarang tuntutan, remedi atau hak bawah Terma Ini tidak bermaksud penepian tuntutan, remedi atau hak itu. Penguatkuasaan mana-mana satu tuntutan, remedi atau hak tersebut tidak akan menghalang kami daripada menguatkuasakan tuntutan, remedi atau hak yang lain. Jika kami menepikan apa-apa pelanggaran Terma Ini oleh anda, hal ini tidak bermaksud kami juga menepikan pelanggaran yang lain. Hak dan remedi kami bawah Terma Ini adalah bersifat kumulatif dan tidak mengecualikan hak atau remedi lain di sisi undang-undang.
-
Penamatan Hubungan
Anda boleh menamatkan hubungan antara pihak bawah Terma Ini dengan cara memadamkan akaun anda (jika ada) dan menghentikan penggunaan App dan Tapak Web.
Sila patuhi arahan dalam App dan Tapak Web untuk memadamkan akaun anda. Kami mungkin mengambil sedikit masa untuk mengeluarkan anda daripada sistem App dan Tapak Web setelah pemadaman akaun tersebut, jadi anda mungkin masih akan menerima komunikasi daripada kami sehingga proses penamatan itu selesai. Pemadaman App tidak bermaksud akaun anda akan terpadam juga. -
Keseluruhan Perjanjian
Terma Ini mengandungi keseluruhan perjanjian atas perkara yang termaktub dalam Terma Ini dan menggantikan semua perjanjian dan persefahaman terdahulu antara pihak sama ada tertulis ataupun tidak, termasuk sebarang janji yang dibuat oleh wakil kami. Selain daripada apa yang dinyatakan bawah Terma Ini, apa-apa komunikasi antara pihak, sama ada melalui wakil pihak ataupun tidak, tidak sah untuk meminda Terma Ini atau untuk memberi apa-apa penepian pada anda jika tidak dirasmikan dalam bentuk tulisan, dinyatakan secara khusus sebagai pindaan atau penepian dan ditandatangani oleh salah seorang ahli lembaga pengurusan kanan kami yang telah diberi kuasa secara khusus untuk berbuat demikian.
Jika mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten mendapati dalam penghakimannya bahawa mana-mana peruntukan Terma Ini tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang terhadap anda, penghakiman itu tiada kesan terhadap peruntukan yang lain bawah Terma Ini. Dalam keadaan demikian, Terma Ini hendaklah ditafsirkan demi memberi kesan sedekat mungkin dengan niat asal peruntukan yang tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang itu.
Versi Bahasa Inggeris Terma Ini hendaklah terpakai dan bukannya versi bahasa lain.
PENYATA PRIVASI
-
Maklumat Peribadi
- Dengan menggunakan portal ini dan Perkhidmatan, anda bersetuju untuk pengumpulan, penyimpanan, penggunaan, dan pendedahan data peribadi anda mengikut, dan bersetuju untuk terikat secara undang-undang oleh, Terma ini selagi anda mempunyai akaun di portal ini atau terus menggunakan portal ini atau Perkhidmatan. Anda harus membaca Terma ini dengan teliti sebelum meneruskan untuk menggunakan portal ini atau Perkhidmatan.
- Selari dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia, kami bernekad untuk memastikan bahawa data peribadi yang telah anda beri kepada kami adalah terlindung. Data peribadi itu tersulit dan terlindung oleh suatu sistem yang teguh dan bersifat lewah, yang memakai dasar keselamatan yang tegas. Kakitangan kami terlatih dengan penekanan terhadap betapa mustahaknya keperluan untuk melindungi data peribadi anda.
- Kami mengumpul data peribadi daripada pihak kerajaan dan organisasi lain dan juga semasa interaksi anda dengan kami, termasuk semasa anda menggunakan App dan Tapak Web, semasa anda berhubung dengan kami dan semasa anda bertemu dengan wakil-wakil kami. Kami mungkin memakai kuki untuk memperoleh maklumat tentang penggunaan App dan Tapak Web oleh anda, termasuk data peribadi. Pengiklan dalam App dan Tapak Web juga mungkin memakai kuki. Kuki dimuat turun dalam peranti anda apabila anda mengunjungi sesuatu laman web atau mencapai pautan iklan dalam App dan Tapak Web. Jika anda enggan menerima kuki, anda boleh laraskan tetapan dalam peranti anda untuk menolak kuki.
-
Maklumat mengenai anda yang kami kumpul dan simpan merangkumi:
- Maklumat tentang kunjungan anda ke laman web dan pautan dan jangka masa kunjungan itu.
- maklumat tentang trafik web, kedudukan dan perhubungan.
- nama, alamat tempat tinggal dan tempat kerja, nombor kad pengenalan, nombor pasport, pusat mengundi, kaitan dengan apa-apa organisasi, maklumat perhubungan, imej, akaun media sosial, identiti rakan, maklumat kad kredit dan rekod hutang, bil dan bayaran.
-
Kami boleh menzahirkan data peribadi anda kepada pihak ketiga (termasuk perbadanan berkaitan kami (menurut takrif dalam Akta Syarikat 2016 Malaysia), pembekal perkhidmatan, institusi kewangan dan kerajaan, yang mungkin berada di luar Malaysia). Pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan penzahiran data peribadi anda oleh kami adalah untuk tujuan-tujuan seperti berikut:
- menghubungi anda, mengelolakan akaun anda dan melaksanakan fungsi App dan Tapak Web.
- memperbaiki App dan Tapak Web, termasuk menyesuaikan fungsi mengikut tabiat anda.
- menawarkan produk sesuai dengan minat anda dan aktiviti pemasaran dan promosi yang lain.
- membekalkan maklumat kepada anda tentang fungsi-fungsi App dan Tapak Web.
- menghasilkan laporan dan perangkaan yang menunjukkan data peribadi secara tanpa nama atau agregat.
- mengesan penyalahgunaan, mengelak penipuan, menentusahkan kedudukan kewangan anda melalui semakan rujukan/laporan kredit dan melaksanakan semakan lain seumpamanya.
- menjalankan kajian pasaran.
- mematuhi kewajipan undang-undang.
- sebagai sebahagian daripada peralihan hak milik perniagaan App dan Tapak Web.
- menyiasat dan menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasakan hak kami bawah Terma Ini dan undang-undang.
- Kami menyimpan data peribadi anda (sama ada dalam pelayan milik kami atau milik pihak ketiga) sepanjang perhubungan pihak dan selepas itu, untuk selama mana perlu untuk melindungi kepentingan kami. Kami berhak memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia untuk analisis dan penyimpanan.
- Anda boleh memohon untuk menyemak data peribadi anda dalam rekod kami dan untuk membetulkannya. Anda juga boleh menolak atau menarik balik izin yang telah diberikan untuk kami mengumpul, menyimpan, menggunakan atau menzahirkan data peribadi anda atau memohon supaya data peribadi anda dipadamkan daripada simpanan kami, namun jika anda berbuat demikian, App dan Tapak Web mungkin tidak dapat berfungsi untuk anda dan anda mungkin terlepas komunikasi penting daripada kami. Jika anda ingin teruskan bawah perenggan ini, sila hubungi kami melalui saluran yang dipaparkan dalam App dan Tapak Web.
- Jika anda memberi kami data peribadi pihak ketiga termasuklah sesiapa yang tidak mempunyai keupayaan di sisi undang-undang untuk memberi izin, anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan izin jelas daripada pihak ketiga itu atau anda mempunyai hak undang-undang untuk memberi kami data peribadi pihak ketiga itu. Anda juga mengesahkan bahawa anda akan bertanggung jawab secara peribadi atas tindakan mereka semasa menggunakan App dan Tapak Web. Anda juga memberi kami lepas tanggungan / tanggung rugi bawah Terma Ini.
-
Pemberitahuan dan Pemakluman Perkhidmatan
Sebagai pengguna berdaftar di portal ini, kami dari semasa ke semasa akan menghantar e-mel kepada anda mengenai akaun portal anda, status sistem, gangguan atau memaklumkan anda tentang ciri-ciri baru yang tersedia untuk anda.
-
Maklumat Hubungan
Kami mengalu-alukan komen anda mengenai Pernyataan Privasi ini. Jika anda percaya bahawa kami tidak mematuhi Pernyataan Privasi ini, sila hubungi kami di ejamin@dapat.com.